Thursday, December 14, 2017

Misi Menjejak Warisan Al Fateh

Merhaba.


Nota permusafiranku kali ini adalah ke Turki iaitu di bandar Istanbul, Ankara, Pamukkale dan Bursa. Permusafiran selama 6 hari setengah ini bermula dari 22 November 2017 pukul 2.05 pagi sehingga 29 November 2017 pukul 3.30 petang di KLIA.


Hari Pertama - 22 November 2017

Kami menggunakan penerbangan Qatar Airways untuk ke bumi Al Fateh ini. Penerbangan ini transit di Hamad International Airport di Doha.


Selepas mendarat di DOH kami segera bergegas untuk ke balai berlepas ke IST.
Urusan kemasukan berjalan lancar tanpa banyak karenah. Kami sempat mengerjakan solat subuh di airport tersebut walaupun agak terlewat. Suhu di Doha sekitar 23 darjah celcius. Hanya berada di airport tersebut lebih kurang 2 jam kemudiannya menyambung perjalanan ke Istanbul.




Oleh kerana waktu di Doha sudah menginjak pukul 8 pagi, kami dihidangkan denga sarapan pagi. Aku memilih untuk bihun dan kentang. Menurut info yang diperolehi, semua makanan dari KUL disediakan oleh Brahims. Menurut tekakku, makanan ini sememangnya sedap. Kena dengan seleraku yang sangat melayu ini.
Menu sarapan pilihanku


Dalam penerbangan malam semalamnya kami mendapat 2 hidangan, yang pertama snack yang mengandungi sebiji pai ayam dan sepotong brownies. Malangnya hanya aku yang dihidangkan snek tersebut kerana adik, kakak dan azrul telah dibuai mimpi. Mereka berada di barisan belakang dan aku seorang di hadapan. Oleh kerana penerbangan dari KUL ke DOH memakan masa sehingga 8 jam, sekali lagi kami dihidangkan dengan set makanan yang agak berat.





Kami berlepas dari DOH pada pukul 7.45 pagi. Kami menempuhi negara-negara Asia Barat seperti Kuwait, Iraq, Syria sebelum sampai ke Istanbul. Sepanjang penerbangan dari DOH ke IST, hari telah siang, jadi aku mengambil kesempatan untuk melihat keluar tingkap kerana kebetulan aku diberi peluang oleh penumpang asal untuk duduk di kerusinya yang berada di tepi tingkap. Penumpang ini adalah seorang pemuda kacukan Turkish dan Indonesia dan sekarang bekerja di Australia dalam rangka melawat keluarganya di Turki.

Aku begitu terpesona melihat bentuk muka bumi yang pelbagai sepanjang penerbangan tersebut. Dari gurun padang pasir di Qatar sehingga ke pergunungan bersalji yang kukira dalam kawasan Syria atau Iraq.





 




Selat Bhosporus yang menjadi igauanku sebelum permusafiran ini juga turut kelihatan ketika pesawat hampir mendarat. Walau bagaimana pun ada juga ketikanya aku terlelap kerana kepenatan.





Selepas 5 jam terbang, akhirnya pesawat mendarat di Istanbul Atatürk Airport.

Landed

Proses kemasukan juga sangat mudah. Tiada visa dikeluarkan. Mudah sangat. Masuk ke Sabah dan Sarawak pun orang Malaya masih perlu diberi visa permit perjalanan yang perlu diserahkan semula ketika hendak keluar nanti.

Setelah menuntut bagasi, kami keluar bangunan untuk menunggu pemandu perjalanan kami nanti. Apabila keluar dari airport barulah terasa sejuknya Istanbul yang ketika itu sedang mengalami cuaca peralihan daripada autumn ke winter. Suhu sekitar 12 - 15 darjah celcius.
Ariff tiba pada pada pukul 13.50

Ariff, peneman perjalanan kami tiba dan membawa kami untuk check in di sebuah homestay iaitu sebuah rumah apartment 3 bilik di Sultan Suleyman Apartment di Cetinkaya Sk. Kami menunaikan solat dan segarkan diri dan kemudian keluar untuk bersiar-siar di kawasan Sultanahmet.

Bersambung...

Thursday, February 11, 2010

BERHENTI SEBENTAR

REHAT
REHAT
REHAT

Wednesday, August 6, 2008

Awal Kalam

Salam

Blog ini ingin kudedikasikan sebagai nota permusafiranku di atas bumi Ilahi ini. Kata orang "Banyak berjalan luas pemandangan". Bagi tujuan menyimpan data-data dan maklumat dan memudahkan pencarian, perkongsian maklumat dan sebagaimya, ingin aku abadikan segala kenangan pahit manis dan info-info berguna di dalam blog ini. Semoga aku istiqamah.


Aminn..